Pertubuhan Rohingya 'MERHROM' disahkan tidak berdaftar -RoS

Pertubuhan Rohingya ‘MERHROM’ disahkan tidak berdaftar -RoS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam pengurusan Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organisation Malaysia (MERHROM) didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya atas dua pertuduhan berkaitan pertubuhan tidak berdaftar.

Zafar Ahmad Abdul Ghani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 42 dan 48 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), pendakwaan itu susulan siasatan Bahagian Penguatkuasaan jabatan berkenaan terhadap aktiviti MERHROM di media sosial, termasuk kenyataan dan penerbitan oleh tertuduh yang memperkenalkan dirinya sebagai presiden pertubuhan itu.

“Semakan mendapati MERHROM tidak berdaftar dengan RoS, manakala tertuduh bukan pemegang jawatan dalam mana-mana pertubuhan berdaftar yang menggunakan nama berkenaan,” menurut kenyataan itu.

RoS berkata pihaknya memandang serius sebarang aktiviti membabitkan pengurusan, operasi atau promosi pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang.

Jabatan itu turut menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan berkaitan.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×