Pertemuan 25 ADUN tidak sentuh isu istana

Pertemuan 25 ADUN tidak sentuh isu istana

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pertemuan itu sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing-masing, selain memperkukuh parti.

Beliau berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan ADUN berkenaan supaya tidak terkesan dengan perkembangan semasa dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat susulan situasi politik di negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya ADUN, 25 ADUN yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.

Jalaluddin berkata pertemuan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×