Malaysia terima kunjungan Presiden Mesir dan Myanmar minggu depan

Malaysia terima kunjungan Presiden Mesir dan Myanmar minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara bakal menerima kunjungan dua pemimpin negara asing minggu depan membabitkan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, lawatan terbabit merangkumi lawatan rasmi, lawatan kerja dan lawatan negara.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Presiden Myanmar dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Presiden Mesir dijangka tiba pada Jumaat minggu depan selepas pembentangan Belanjawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada beberapa pimpinan dari negara asing yang akan membuat lawatan rasmi termasuk waktu ini yang dijadualkan untuk datang membuat lawatan rasmi sama ada lawatan kerja ataupun lawatan negara.

“Ia termasuk Presiden Myanmar untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Presiden Mesir pula dijangka tiba pada Jumaat minggu hadapan selepas pembentangan Bajet (2027),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, maklumat terperinci mengenai jadual ketibaan dan lawatan pemimpin terbabit boleh dirujuk kepada Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×