Banduan liwat banduan dipenjara lima tahun - Utusan Malaysia

Banduan liwat banduan dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan ke atas seorang banduan  selepas mengaku bersalah meliwat seorang banduan lain di dalam sel Penjara Marang, awal bulan ini.

Mohd. Ridzuan Zahar, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas pertuduhan dibacakan.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ridzuan didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan meliwat seorang lelaki  tanpa kerelaannya kira-kira pukul 3 pagi, 4 September lalu.

 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sel Penjara Marang, Terengganu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap tertuduh.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Abdul Hayyi Salim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×