Golden Tigers nadi baharu sepak takraw negara

Golden Tigers nadi baharu sepak takraw negara

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari dan Ketua Kontinjen Sukan Asia 2026, Datuk Wira Mohd Sumali Reduan bergambar bersama pasukan sepak takraw ketika meninjau sesi latihan bagi bersiapan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Bukit Jalil. UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMPOH dua tahun menyaksikan transformasi besar telah berlaku dalam arena sepak takraw negara apabila Malaysia kembali meletakkan dirinya sebagai antara kuasa utama dunia dalam sukan berkenaan.

Perubahan itu tidak hadir tanpa visi, misi, keberanian dan perancangan yang jelas di bawah kepimpinan Datuk Wira Mohd Sumali Reduan selaku Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Mohd. Sumali Reduan

Usaha beliau memperkasakan sepak takraw negara terus dipacu menerusi pendekatan yang bukan sekadar mengejar kemenangan, sebaliknya membina asas lebih kukuh bagi memastikan kelangsungan prestasi pasukan dalam jangka panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada proses transformasi itu, lahirnya Golden Tigers sebagai simbol kepada semangat baharu skuad negara yang kini lebih yakin, berani dan dahagakan kejayaan.

Perubahan yang dibawa Mohd Sumali tidak terhenti kepada pencapaian di gelanggang, malah turut merangkumi pembangunan atlet, pengukuhan struktur pasukan, peningkatan daya saing serta pembentukan mentaliti juara dalam kalangan pemain.

Malaysia kini mahu membuktikan bahawa sepak takraw negara masih mempunyai masa depan cerah dan mampu kembali bersaing di pentas tertinggi dunia.

Kebangkitan itu turut menyuntik semangat baharu dalam kalangan peminat yang selama ini meletakkan harapan tinggi terhadap sepak takraw, sukan tradisi yang begitu dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.

Setiap kemenangan menjadi bukti hasil kerja keras yang dilaksanakan, manakala setiap kekalahan pula menjadi ruang untuk mengenal pasti kelemahan sebelum diperbaiki bagi memastikan pasukan kembali lebih kuat.

Namun begitu, bagi memastikan momentum itu berterusan, pembangunan akar umbi serta kesinambungan generasi baharu perlu terus diberikan perhatian.

Kejayaan sesebuah pasukan tidak terbina menerusi satu kejohanan atau dalam tempoh singkat, sebaliknya lahir daripada sistem pembangunan yang konsisten, barisan pemain berkualiti, kejurulatihan mantap serta kepimpinan yang berani melakukan perubahan.

Dalam konteks itu, aspirasi Mohd Sumali menjadi sebahagian daripada perjalanan baharu sepak takraw negara untuk membina bukan sekadar sebuah pasukan yang mampu mencipta kejayaan hari ini, tetapi menyediakan asas kukuh bagi pencapaian yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Golden Tigers bukan sekadar sebuah nama, tetapi membawa simbol keberanian, semangat juang dan impian untuk menyaksikan semula kegemilangan sepak takraw Malaysia.

Daripada gelanggang tempatan hingga ke pentas dunia, perjalanan itu masih panjang dan cabaran yang menanti juga bukan kecil.

Namun begitu, satu perkara semakin jelas Golden Tigers sedang membina identiti baharu sepak takraw negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×