Arab Saudi nafi hantar wakil hadir pertemuan Israel-UAE

Arab Saudi nafi hantar wakil hadir pertemuan Israel-UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi menafikan laporan wakil negara itu menghadiri pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan di Abu Dhabi pada hujung minggu lalu.

Wartawan Israel, Dror Balazada dalam hantaran di media sosial pada Isnin mendakwa wakil Arab Saudi menyertai pertemuan yang diperluaskan selepas Netanyahu bertemu Sheikh Mohammed, dengan perbincangan dilaporkan tertumpu kepada kerjasama keselamatan, Iran, Houthi dan sistem pertahanan serantau.

Sumber Arab Saudi memberitahu Arab News, laporan yang tersebar mengenai kehadiran wakil Arab Saudi dalam pertemuan itu adalah tidak benar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Netanyahu melawat Abu Dhabi pada Ahad dan bertemu Sheikh Mohammed, menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), dengan kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala serta usaha untuk mengukuhkan dan mengembangkannya.

Tiga pegawai kanan Israel memberitahu Reuters, pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung selama enam jam dan memberi tumpuan kepada Iran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×