Terengganu, Pulau Pinang, Kedah negeri terbaharu terjejas jerebu

Terengganu, Pulau Pinang, Kedah negeri terbaharu terjejas jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan jerebu yang melanda negara terus memburuk apabila menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pantai Timur melibatkan Kuala Terengganu dan Kemanan turut mencatatkan bacaan melebihi paras tidak sihat.

Turut merekodkan bacaan tidak sihat adalah Pulau Pinang dan Kedah.

Terbaharu, berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 36 kawasan di seluruh negara terjejas akibat jerebu dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 177, setakat pukul 6 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan lain yang terjejas adalah Bandaraya Melaka dengan bacaan 15, Nilai (174), Shah Alam (173), IPD Serian (173), Pasir Gudang (172), Cheras (171), Bukit Rambai (171) dan Larkin (170).

Turut merekodkan bacaan melebihi paras tidak sihat adalah Port Dickson (168), Batu Pahat (167), Putrajaya (166), Seremban (166), Klang (165), Tangkak (165), Banting (164), Kota Tinggi (164), Pengerang (163), Alor Gajah (162), Seri Manjung (161) dan Petaling Jaya (161).

Selain itu, Kuala Selangor (159), Segamat (159), Rompin (159), Balok Baru Kuantan (158), Indera Mahkota (158), Batu Muda (157), Samarahan (156), Kluang (155), Kuching (155), Jerantut (154), Kemaman (152), Minden (151) dan Kuala Terengganu (151).

Di Balik Pulau pula mencatatkan IPU 132 manakala Sungai Petani merekodkan bacaan 112.

Portal APIMS di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu menetapkan IPU tidak sihat apabila bacaannya antara 101 hingga 200.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×