Lima rakyat Malaysia ditahan di Jakarta direkrut jadi keldai dadah

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jakarta direkrut jadi keldai dadah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama dadah sintetik jenis etomidate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia pada 25 September lalu direkrut oleh sindiket untuk menjadi keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan kesemua suspek.

Hussein berkata, pihaknya menerima perkongsian maklumat daripada Direktorat Tindak Pidana Narkoba (Dittipidnarkoba) Badan Reserse Kriminal (BARESKRIM) Polis Republik Indonesia (POLRI) mengenai penahanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas tiba di Jakarta dari Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan telah menemukan lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan di bahagian dalam kasut masing-masing.

“Kesemua tangkapan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, penahan kesemua suspek dilaksanakan Bahagian Duti dan Cukai, Kastam dan Eksais Indonesia selepas petugas mengesyaki pergerakan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati, setiap seorang membawa dua bungkusan serbuk yang disyaki etomidate dengan berat kira-kira 500 gram bagi setiap bungkusan.

Barang tersebut disembunyikan pada bahagian insole kasut.

Secara keseluruhan, sebanyak 10 bungkusan dengan berat kasar lima kg telah ditemukan.

Hussein berkata, seorang daripada suspek memiliki tiga rekod lampau kes dadah.

Tambahnya, JSJN akan terus berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada POLRI untuk mengesan rangkaian sindiket dadah di Malaysia yang terlibat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×