Perangi tali barut Rohingya

Perangi tali barut Rohingya

RAKYAT berharap agar pihak berkuasa tangkap orang tempatan yang menjadi tali barut Rohingya dan heret ke muka pengadilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU Rohingya yang sedang membadai seluruh negara kita dilihat tiada noktah meskipun kerajaan Malaysia berusaha tangani isu pendatang tidak bertuan manakala aktivis anti-Rohingya bertungkus lumus basmi pendatang itu dengan pendedahan di sosial media dan media massa.

Bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia bersubahat melindungi orang Rohingya daripada diganggu oleh pihak berkuasa dan aktivis berkenaan, segelintir yang dimaksudkan terdiri daripada golongan peniaga, penguatkuasa, aktivis kemanusiaan selain orang tempatan berkahwin dengan orang Rohingya juga beri rumah kepada mereka.

Ini sangat menduka cita ibaratkan penyakit tiada penawar, ia harus mencari penyelesaian ampuh bagi basmi Rohingya dan tali barut sama ada di peringkat penguatkuasaan ataupun rakyat sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengapa boleh dikatakan orang tempatan jadi tali barut untuk Rohingya dan pendatang haram dari negara asing? Gelap mata kerana duit, salah guna permit perniagaan diberi oleh pihak berkuasa tempatan antara punca utama kenapa perkara ini berlaku.

Tidak dinafikan usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasa sedia ada menangkap orang Rohingya manakala orang tempatan diberi denda tetapi masih buat perkara sama, hingga rakyat rasa kurang percaya terhadap pihak berkuasa tambahan pula rakyat rasa tidak tahan menanggung ancaman Rohingya lebih lagi tidak boleh ambil tindakan sendiri atas alasan mengambil kerja pihak berkuasa walhal pelbagai usaha dilakukan semua pihak serta media tetapi tiada jawapan.

Oleh itu, rakyat berharap agar pihak berkuasa tangkap orang tempatan yang menjadi tali barut Rohingya dan heret ke muka pengadilan supaya jadi pengajaran, jika tidak makin ramai orang tempatan akan lakukan perkara yang mengkhianati negara. – UTUSAN

RAKYAT BIASA
IPOH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×