Depoh bahan api terbakar akibat serangan dron di Sudan - Utusan Malaysia

Depoh bahan api terbakar akibat serangan dron di Sudan

DRON digunakan untuk menyerang kemudahan minyak di Sudan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Pihak ber­kuasa Sudan pada Ahad mengesahkan pasukan bomba berjaya mema­damkan kebakaran besar di depoh bahan api di negeri Al Jazirah yang berpunca daripada sera­ngan dron oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Kerajaan negeri Al Jazirah dalam satu kenya­taan memaklumkan bahawa ang­gota pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran di depoh bahan api Umm Alila dalam masa yang singkat.

Namun, ia tidak memperincikan kerosakan fa­siliti atau melaporkan sebarang kecederaan serta kematian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lokasi Umm Alila terletak berhampiran Abu Haraz di timur Al Jazirah, kira-kira 20 kilometer ke timur laut ibu negeri Wad Madani.

Pertubuhan Persidangan Al Jazirah mengutuk keras serangan berkenaan sambil menegaskan bahawa depoh bahan api tersebut merupakan sumber utama bekalan untuk penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Kumpulan berkenaan turut memberi amaran bahawa sebarang kerosakan pada fasiliti itu boleh menjejaskan bekalan bahan api, sektor pengangkutan dan perkhidmatan asas yang lain.

Selain itu, tiga buah dron dilaporkan jatuh di kawasan penempatan awam di kampung Wad al-Bir al-Khawalida, sekali gus membahayakan nyawa penduduk dan harta benda mereka.

Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF terlibat dalam konflik berdarah sejak April 2023 berikutan pertikaian mengenai penyatuan pasukan berkenaan ke dalam angkatan tentera nasional.

Peperangan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa serta menye­babkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan pelarian. – ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×