Kerenah birokrasi punca gred doktor kontrak gagal ditambah baik– Guan Eng - Utusan Malaysia

Kerenah birokrasi punca gred doktor kontrak gagal ditambah baik– Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kere­nah birokrasi dikenal pasti antara punca menyebabkan kerajaan Pakatan Ha­rapan (PH) tidak sempat me­nambah baik gred doktor-doktor kontrak daripada gred UD41 kepada UD43.

Untuk menangani sis­tem kontrak, Kementerian Kesihatan bukan entiti tunggal kerana ia perlu diselesaikan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng enggan menyalahkan pihak tertentu dan menggesa kerajaan mempercepatkan proses lantikan tersebut serta memastikan doktor kontrak mendapat manfaat sama seperti lantikan tetap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, birokrasi yang wujud ketika itu tidak boleh dibuat perbandi­ngan dengan keadaan pandemik Co­vid-19 yang melanda sekarang.

“Memang Kementerian Kesihatan berusaha untuk membantu doktor kontrak sekurang-kurangnya dari segi gred gaji manakala saya hanya meluluskan kewangan yang diperlukan.

“Cuma ia tidak dapat dipenuhi kerana proses­nya mengambil masa yang lama. Lagipun, masa itu tidak berlaku sebarang krisis jadi takkan kerajaan mahu ambil semua doktor kontrak?

“Ini berbeza dengan sekarang kerana kita ber­ada dalam krisis Covid-19 maka pengambilan dan pelantikan doktor kontrak ini haruslah disegerakan dengan mengambil pendekatan dasar secara berprinsip,” katanya ketika dihubungi.

Guan Eng mencadangkan kerajaan untuk memberi peruntukan kewa­ngan sebanyak RM4 bilion bagi menampung pembiayaan doktor kontrak berkhidmat secara tetap terutama dalam menghadapi pandemik Covid-19. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini