Jenazah Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara, Putrajaya petang ini

Jenazah Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara, Putrajaya petang ini

SITI HASMAH MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dijadual dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya petang ini.

Menurut atur cara istiadat pengebumian negara, jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN) ke kediaman keluarga di Mines Resort City, Seri Kembangan.

Jenazah kemudian dijadual dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah pada pukul 1.30 petang untuk urusan pengurusan jenazah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di masjid berkenaan dari pukul 3 hingga 4 petang sebelum solat Asar pada pukul 4.15 petang, diikuti solat jenazah.

Jenazah kemudian dijadual dibawa dari masjid ke Pusara Negara pada pukul 4.30 petang.

Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pagi tadi pada usia 100 tahun. Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×