Pertemuan pertama rupanya salam terakhir Zizi Kirana buat Tun Siti Hasmah

Pertemuan pertama rupanya salam terakhir Zizi Kirana buat Tun Siti Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zizi Kirana tidak menyangka pertemuannya dengan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada minggu lalu menjadi pertemuan pertama dan terakhir mereka.

Menurut Zizi, khabar duka yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia itu turut membuatkan dirinya terkenang akan teguran spontannya mengenai keadaan tangan Allahyarhamah yang sejuk.

“Baru minggu lalu, setelah 41 tahun usia saya, Allah izinkan saya akhirnya bertemu beliau secara berdepan. Saya sempat bersalaman dengan Tun dan beliau sempat menegur, ‘Kenapa tangan sejuk?’

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini, teguran itu menjadi satu kenangan yang akan saya simpan dalam hati sampai bila-bila,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Tambah Zizi, dia sama sekali tidak menyangka pertemuan singkat dan cukup bermakna bersama figura yang sentiasa disenangi masyarakat itu menjadi peluang terakhirnya untuk bertemu.

“Tidak pernah terlintas bahawa pertemuan yang begitu istimewa itu rupanya menjadi salam terakhir saya buat Allahyarhamah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi alam kuburnya serta menempatkan beliau dalam rahmat dan syurga-Nya.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×