Filem bukan punca utama gejala buli

Filem bukan punca utama gejala buli

ZED ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tayangan filem dan drama bukan punca utama gejala buli dalam kalangan generasi muda, sebaliknya ia melibatkan pengaruh media sosial, permainan dalam talian dan kandungan digital.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil berkata, filem tidak boleh dijadikan satu-satunya penyumbang kepada peningkatan gejala buli dalam kalangan pelajar pada masa ini.

“Filem ini ada pengajaran. Apa yang dibuat sebagai perkara jahat, mesti ada hukuman dan akhirnya diperbetulkan menjadi baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin ada sekitar 40 peratus sahaja pengaruh filem kepada kejadian buli dan kebanyakkan daripada kes-kes tersebut disumbangkan besar daripada pengaruh di sosial media seperti permainan vi­deo, kandungan internet dan lain-lain.

“Jadi, tidak ada istilah filem boleh 100 peratus mempengaruhi pembuli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, permainan dalam talian dan media sosial lebih membimbangkan kerana pengguna boleh terdedah kepada kandungan keganasan dan buli tanpa konteks pengajaran seperti dalam filem.

“Dalam game, kalau membuli, mereka terus membuli dan tidak ada pengajaran se­perti yang terdapat dalam filem.

“Ini cabaran terbesar, bukan filem sahaja tetapi permainan dalam talian dan media sosial yang boleh diakses dengan mudah,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×