'Kami akan pastikan mafia korporat ditangkap'

‘Kami akan pastikan mafia korporat ditangkap’

LEBIH 150 individu berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini bagi menyuarakan bantahan terhadap dakwaan kewujudan mafia korporat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 individu berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini bagi menyuarakan bantahan terhadap dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ serta penahanan dua aktivis, baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif MANDIRI, Amir Hadi berkata, tindakan pihak berkuasa menggunakan AMLA terhadap aktivis serta memberi amaran tindakan sedemikian boleh menyebabkan lebih ramai individu menjadi sasaran pada masa depan.

“Mereka boleh tangkap kami, masukkan kami ke lokap, dakwa kami di mahkamah dan penjarakan kami, tetapi mereka tidak akan dapat menyenyapkan suara rakyat,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Tangkap Mafia Korporat di hadapan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, MANDIRI akan terus ke hadapan dan tidak akan berhenti berkempen menentang rasuah walaupun tindakan telah diambil terhadapnya dan Dobby.

“Kami akan teruskan kempen ini. Kami akan pastikan mereka yang terlibat dalam ‘mafia korporat’ ditangkap, disiasat dan didakwa,” katanya.

Kempen itu bagi mempersoalkan penahanan Pengarah Eksekutif MANDIRI, Amir Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HAYAT, Dobby Chew ketika terbabit himpunan berhubung dakwaan ‘mafia kotporat’ dan telah dirujuk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen berkata, penahanan Amir dan Dobby sudah keterlaluan, selain mendakwa Pakatan Harapan (PH) menyimpang daripada prinsip reformasi yang pernah diperjuangkannya ketika menjadi pembangkang.

“Saya ingin mengesa supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan ‘mafia korporat’ dan Azam, dengan menegaskan tujuan siasatan itu adalah untuk menentukan fakta dan bukannya membuat kesimpulan bahawa mana-mana pihak bersalah.

“Kami tidak mengatakan mereka sudah didapati bersalah. Kami hanya mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Azam Baki dan ‘mafia korporat’,” katanya.

Wong mendakwa hanya 44 daripada 222 ahli parlimen menyokong gesaan penubuhan RCI berkenaan, selain menggesa pengundi mempersoalkan pendirian calon pilihan raya mengenai perkara itu.

Setiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah Shafii pula menyeru golongan muda supaya terus menyuarakan pandangan terhadap kerajaan sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan, tanpa mengira gabungan mana yang memerintah.

“Jangan berhenti bersuara hanya kerana Pakatan Harapan berada dalam kerajaan. Jika mereka salah, kita katakan mereka salah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×