Pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan sah

Pembatalan pelantikan Exco Negeri Sembilan sah

MOHD. DUSUKI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan adalah sah daripada segi undang-undang negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, warta pembatalan lantikan itu bermula 20 September lalu oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengikut Perkara 38 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Warta ini merupakan prosedur tetap. Berdasarkan warta Perkara 38 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatan selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Exco tersebut ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd. Asna Amin, Datuk Mohd. Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Media sebelum ini melaporkan, kesemua Exco tersebut telah mengangkat serta menandatangani sumpah dan ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lepas sebelum mengambil tempat sebagai Exco Negeri Sembilan.

Memandangkan kesemua Exco itu telah melanggar ikrar taat setia tersebut, maka Tuanku Muhriz menarik balik perkenannya dan membatalkan pelantikan tersebut.

Pada 20 September, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz telah membatalkan pelantikan semua Exco berkenaan, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, AGC memaklumkan Menteri Besar dan Exco Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Selain itu, AGC turut menjelaskan bahawa Exco tidak mempunyai kuasa dari sudut perundangan untuk menggantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri kerana kedua-dua jawatan tersebut berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×