KUALA PILAH: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba di sini meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli.
Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan, malam tadi.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, namun disahkan meninggal dunia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian dan memaklumkan butiran lanjut berhubung kes berkenaan akan dikongsikan dalam masa terdekat. – UTUSAN











