Kerja menggerudi di tapak dipercayai lokasi bahtera Nabi Nuh 'tertimbus' bermula - Utusan Malaysia

Kerja menggerudi di tapak dipercayai lokasi bahtera Nabi Nuh ‘tertimbus’ bermula

LOKASI tempat bahtera Nabi Nuh dipercayai tertimbus. - NoahsArkScans.com/SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sebuah pasukan penyelidik telah memulakan kerja penggerudian di sebuah tapak yang dipercayai mungkin tempat Bahtera Nabi Nuh ‘tertimbus’.

Pasukan Noah’s Ark Scans berkata, pihaknya telah memperoleh permit untuk menjalankan penggalian di formasi Durupinar yang sekian lama menjadi bahan perdebatan, iaitu sebuah timbunan berbentuk kapal  di kawasan terpencil di timur Turkiye, kira-kira 29 kilometer di selatan Gunung Ararat.

Bahtera Nabi Nuh ialah kapal yang diceritakan dalam kitab al-Quran dan Injil dan dibina untuk menyelamatkan diri daripada sejumlah haiwan daripada banjir besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Pemasaran dan Kutipan Dana pasukan berkenaan, Lauren Witzke berkata, beliau percaya penemuan yang berpotensi diperoleh boleh menyangkal teori evolusi.

Dalam hantaran dari tapak berkenaan pada Selasa, 22 September, beliau menulis: “Penggerudian teras telah bermula.

“Sebahagian daripada minda paling cerdas di dunia terlibat dalam Ekspedisi 2026 ini. Inilah satu-satunya kajian yang pen­ting.”

Dalam rayuan mendapatkan dana, pasukan itu berkata, radar sebelum ini telah memetakan apa yang kelihatan seperti koridor dan ruang di bawah permukaan, termasuk sebuah laluan memanjang lebih 76 meter.

Pasukan itu menjelaskan bahawa langkah seterusnya adalah menggerudi lubang teras sempit ke dalam ruang berkenaan dan menghantar ‘Gopher’, robot bawah tanah yang dibina untuk memasuki kawasan yang tidak dapat dimasuki manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×