Hobi simpan setem dari pelbagai negara bernilai lebih RM2 juta

Hobi simpan setem dari pelbagai negara bernilai lebih RM2 juta

GOH Kien Boon menunjukkan antara koleksi Kingdom of Perlis di Pameran Setem Lima Negara Perlis Malaysia 2026 di Dewan 2020, Kangar, Perlis, semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bermula mengumpul setem dikutip dari sampul dibuang dalam tong sampah pejabat kerajaan sejak usianya 11 tahun, Goh Kien Boon kini mempunyai pelbagai koleksi setem bernilai lebih RM2 juta.

Menariknya, Kien Boon ,61, mempunyai koleksi Kingdom of Perlis semasa tempoh pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail yang juga pernah dipamerkan di London 2022 International Stamp Exhibition.

Katanya, dahulu dia tidak mempunyai duit membeli setem dan mengutip apa sahaja daripada tong sampah termasuk setem dari Singapura dan Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, minat tersebut kekal sehingga sekarang dan kini sudah melebihi lima dekad perjalanannya dalam dunia filateli tersebut.

“Sepanjang terlibat dalam dunia filateli, saya telah membelanjakan lebih RM2 juta mengumpulkan semua koleksi unik tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Pameran Setem Lima Negara Perlis Malaysia 2026 di Dewan 2020 semalam.

Koleksi Kingdom of Perlis semasa tempoh pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail  dari Kien Boon itu juga menjadi antara tarikan bersempena pameran tiga hari itu.

Pada pameran tersebut, koleksi filateli dikumpulkan oleh Kien Boon telah disusun dalam 13 bingkai setem bagi menceritakan perkembangan sejarah pemerintahan berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu memberitahu, antara koleksi paling bernilai adalah setem terawal Kingdom of Perlis yang mempunyai cop menggunakan bahasa tulisan Thailand dibeli dengan harga sekitar RM40,000. 

“Setem tersebut sangat istimewa kerana hanya terdapat dua sahaja di dunia dan mempunyai nilai sejarah tinggi,” katanya.

Dia turut memaklumkan bahawa keseluruhan koleksi setem itu disimpan dalam bilik berhawa dingin bagi memastikan kualitinya sentiasa terpelihara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×