SPRM serah notis pengisytiharan harta kepada Saravanan, keluarga

SPRM serah notis pengisytiharan harta kepada Saravanan, keluarga

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, isterinya serta tiga anaknya pada Isnin ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, pihak berkenaan telah dimaklumkan dan akan hadir ke pejabat SPRM bagi menerima notis tersebut.

Katanya, notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dengan tempoh 30 hari diberikan untuk pengisytiharan harta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Notis itu akan disampaikan kepada beliau, kepada isteri beliau dan kepada tiga anak beliau. Notis itu akan disampaikan pada hari Isnin ini dan mereka telah diberi maklum serta akan hadir ke pejabat SPRM bagi penyerahan notis tersebut.

“Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 36 Akta SPRM dan tempoh 30 hari juga diberikan. Sekiranya tempoh tersebut tidak mencukupi, pelanjutan masa akan diberikan jika mereka memohon,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, prosedur berkenaan menghendaki notis disampaikan kepada individu terbabit sebelum tempoh pengisytiharan harta bermula.

“Setelah disampaikan notis tersebut, mereka diberi tempoh sebulan untuk mengisytiharkan harta. Itu prosedur biasa yang kita gunakan,” katanya.

Beliau berkata, serahan notis itu akan diberikan kepada Saravanan, isteri dan dua anaknya, manakala seorang lagi dilakukan pada November depan kerana sedang belajar di London. –

Sebelum ini, Saravanan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir  RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing bagi sebuah syarikat, empat tahun lalu.

Sementara itu, Abd Halim memaklumkan, pihaknya masih belum menerima laporan pengisytiharan harta oleh bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya.

Katanya, tempoh sebulan yang diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian belum tamat.

Katanya, penyerahan notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×