Akar umbi mahu tutup bilik operasi jika letak bukan calon Pas

Akar umbi mahu tutup bilik operasi jika letak bukan calon Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas Cawangan Lahar Yooi mendesak parti itu bertanding di Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi menentang Pakatan Harapan (PH).

Cawangan itu dalam kenyataan memaklumkan pendirian berkenaan dibuat selepas mengambil kira kekuatan PAS di Unit Daerah Mengundi (UDM) Lahar Yooi yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua.

Menurut kenyataan itu, UDM Lahar Yooi sebelum ini menyumbang kepada kemenangan dengan majoriti lebih 1,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pas Cawangan Lahar Yooi dengan ini mendesak supaya Pas perlu bertanding di Parlimen Tasek Gelugor bagi melawan PH.

“Pendirian ini tetap dan muktamad memandangkan semua parti pernah mewakili Tasek Gelugor kecuali Pas. Kini tiba giliran Pas,” menurut kenyataan itu.

Cawangan berkenaan turut mengambil maklum arahan Jabatan Pilihan Raya Pas Pulau Pinang supaya semua cawangan membuka UDM dan bilik operasi.

Bagaimanapun, Pas Cawangan Lahar Yooi memberi amaran akan menutup bilik operasi sekiranya calon yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor bukan daripada Pas.

“Semua ahli serta penyokong di cawangan ini akan memboikot PRU16 yang bakal diadakan,” menurut kenyataan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×