Tidak lagi terikat dengan PN untungkan Pas dan Bersatu

Tidak lagi terikat dengan PN untungkan Pas dan Bersatu

Pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Keputusan penggantungan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak langsung menjejaskan kedudukan Pas mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya memberi kelebihan politik kepada kedua-dua parti berkenaan.

Bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Hashim Suboh berkata, langkah itu secara tidak langsung memberi ruang dan kebebasan yang lebih luas kepada Pas dan Bersatu apabila tidak lagi terikat dengan pendirian serta dasar perikatan tersebut.

“Sekiranya PN benar-benar digantung, saya juga menjangkakan yang paling gembira adalah UMNO dan Pas. Permuafakatan politik UMNO dan Pas akan lebih mudah tanpa PN. 

“Wawasan sejak awal lagi ditolak oleh UMNO. Wawasan juga tidak boleh lagi terlalu yakin bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang dimenangi Bersatu sebelum ini adalah milik mereka. Ia boleh dike­tepikan begitu sahaja jika kerjasama politik dalam PN terus terkubur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap gabungan itu adalah agenda dan niat jahat dan tekanan politik daripada pihak-pihak dari dalam dan luar gabungan berkenaan berhubung keputusan penggantungan tersebut.

Beliau  dilaporkan berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan ROS berhubung perkara itu, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan.

Dalam pada itu, Hashim berkata, daripada sudut Bersatu, ia bakal memberi kelebihan kepada parti itu untuk membina naratif politik baharu tanpa ikatan dengan PN.

“Saya percaya, Bersatu akan menggunakan sepenuhnya pendirian Pas yang tidak konsisten dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Lembaga Tabung Haji.

“Ia termasuk pendirian Pas terhadap kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan krisis Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan UMNO, Pas dan Wawasan bagi memulihkan persepsi dalam politik Malaysia.

“Medan perang politik antara Bersatu dan Pas tidak lagi dihalang oleh ikatan politik dalam PN,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×