Undang-undang Tubuh jadi rujukan utama selesai krisis Negeri Sembilan – Azalina

Undang-undang Tubuh jadi rujukan utama selesai krisis Negeri Sembilan – Azalina

AZALINA Othman Said ketika ditemui pemberita pada Program Literasi Akta Antibuli 2026 (AKTA 876) dan Peranan Tribunal Bagi Antibuli (TAB) di Dewan Tun Templer 2, Maktab Tentera Di Raja (RMC) Sungai Buloh di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Krisis adat dan institusi yang berlaku di Negeri Sembilan perlu diselesaikan berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) sebagai rujukan utama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebarang keputusan berkaitan krisis yang berlaku di negeri itu perlu merujuk kepada undang-undang tubuh yang menjadi Perlembagaan negeri.

Katanya, beliau sudah membaca kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkara itu dan isu berkenaan bukan berada di bawah tanggungjawabnya.

“Mungkin itu pandangan Tan Sri Peguam Negara. Tapi saya nak tekan di sini satu benda sahaja. Saya rasa kita kena berbalik kepada undang-undang tubuh negeri, sebab itu adalah perlembagaan negeri.

“Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, siapa betul atau siapa salah ke, tapi bagi saya, sebarang keputusan atau apa-apa sahaja, anda kena berbalik kepada undang-undang utama iaitu UUTKNS,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Literasi Akta Antibuli 2026 (Akta 876) dan Peranan Tribunal bagi Antibuli di Maktab Tentera Diraja (RMC).

Dalam pada itu, Azalina berpandangan supaya krisis berkenaan diselesaikan oleh Negeri Sembilan sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Negeri Sembilan agak unik berbanding negeri-negeri lain. Jadi, kalau kita hendak mengulas perkara ini, kita bukan berasal dari Negeri Sembilan, saya rasa agak kurang wajar disitu.

“Saya yakin, biarlah orang Negeri Sembilan sendiri yang mencari penyelesaian untuk negeri mereka. Tetapi, itu pandangan peribadi saya, bukan dari sudut undang-undang. Saya orang Johor,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×