Yili Terima Thai FDA Quality Award untuk Tahun Ketujuh Berturut-turut, Raih Penghormatan "Best of the Best" Kali Kedua - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Yili Terima Thai FDA Quality Award untuk Tahun Ketujuh Berturut-turut, Raih Penghormatan “Best of the Best” Kali Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK, 22 September 2026 /PRNewswire/ — Subsidiari Yili Group di Thailand telah menerima Thailand Food and Drug Administration (FDA) Quality Award bagi tahun ketujuh berturut-turut, selain meraih penghormatan tertinggi daripada program itu, Anugerah "Best of the Best", buat kali kedua selepas pertama kali menerima pengiktirafan tersebut pada 2023. Anugerah ini mencerminkan komitmen tekal Yili terhadap kualiti, operasi tempatan yang kukuh dan strategi pertumbuhan antarabangsa yang mantap, sekali gus menonjolkan kedudukan serta reputasi kukuh syarikat dalam pasaran tenusu Thailand.

Yili Group wins the “Best of the Best” Award
Yili Group wins the “Best of the Best” Award

Disampaikan oleh FDA Thailand di bawah Kementerian Kesihatan Awam, Thailand FDA Quality Award merupakan salah satu anugerah rasmi yang paling berprestij di negara ini dalam sektor makanan dan ubat-ubatan. Penilaiannya merangkumi kebolehkesanan bahan mentah, pembuatan pintar, pengujian produk hujung-ke-hujung, penyimpanan dan pengedaran rantaian sejuk serta tanggungjawab sosial korporat. Anugerah ini mengiktiraf syarikat cemerlang yang dipilih daripada ribuan perusahaan makanan di seluruh Thailand melalui semakan dokumen, pemeriksaan di lokasi oleh panel pakar, beberapa pusingan ujian pensampelan yang ketat serta penilaian keupayaan yang komprehensif. Penghormatan "Best of the Best" dikhususkan untuk syarikat yang menunjukkan kualiti keseluruhan, kecemerlangan operasi dan pematuhan kawal selia pada tahap tertinggi.

Berpandukan visi Pengerusi dan Presiden Yili Group, Pan Gang untuk memanfaatkan sumber global bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, Yili memperluas piawaian kualiti dan sistem pengurusannya ke seluruh dunia. Di Thailand, syarikat mematuhi peraturan tempatan dan piawaian antarabangsa sambil memperkukuh pengurusan kualiti. Syarikat turut memperkenalkan alat pengurusan kualiti dan sistem ERP Yili bagi membolehkan pemantauan digital dibuat bermula daripada perolehan bahan mentah hingga pengeluaran, penggudangan dan logistik. Ia turut menaik taraf sistem prarawatan serta memperkukuh latihan pekerja dan pengurusan titik kawalan yang kritikal.

Yili's ice cream brand Cremo
Yili’s ice cream brand Cremo

Jenama ais krim Yili, Cremo, menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna Thailand. Sebagai respons terhadap pilihan tempatan, Yili membangunkan produk termasuk ais krim berbentuk telinga arnab dan pelbagai variasi yang menampilkan bahan seperti nata de coco dan pandan. Inovasi ini memperkayakan pengalaman produk, meraih pengiktirafan pasaran dan memperkukuh kedudukan Cremo di Thailand.

Yili juga semakin berintegrasi dalam ekonomi dan komuniti tempatan Thailand. Perolehan sumber tempatan kini merangkumi 80% daripada bahan mentah dan bahan tambahan, manakala pekerja Thailand mewakili 95% daripada tenaga kerjanya. Pada Ogos, Yili melancarkan satu inisiatif komuniti dan menyumbangkan 150,000 produk ais krim Cremo kepada kerajaan Thailand, sekali gus memperlihatkan lagi komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat.

Thailand merupakan pasaran pengguna yang utama di Asia Tenggara, dengan syarat kemasukan pasaran yang ketat dan persaingan sengit. Pengalaman Yili menunjukkan bagaimana pengurusan kualiti yang berterusan dan operasi setempat boleh menyokong pertumbuhan jangka panjang dalam pasaran luar negara.

Memandang ke hadapan, Yili akan terus berkembang di seluruh Asia Tenggara dan pasaran global lain, mengekalkan piawaian kualiti yang konsisten serta memperhalusi produk dan perkhidmatan setempat ketika memajukan visinya, "Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Menyeluruh" ("World Integrally Sharing Health"). 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5053531_MS53531_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×