Malaysia, China kukuhkan kerjasama strategik dalam sektor kelestarian alam

Malaysia, China kukuhkan kerjasama strategik dalam sektor kelestarian alam

Arthur Joseph Kurup
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Menteri Sumber Asli merangkap Pentadbir Pentadbiran Lautan Negara Republik Rakyat China, Sun Shuxian.

NRES dalam satu kenyataan berkata, sesi perbincangan strategik itu ipimpin oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup bersama pengurusan tertinggi NRES.

Pertemuan ini bertindak sebagai platform penting bagi memperkasakan hubungan dua hala serta memantapkan kerjasama dalam pengurusan sumber asli dan kelestarian alam berasaskan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) kedua-dua negara.

Antara perkara utama yang dibincangkan merangkumi cadangan Perjanjian Kerjasama Alam Sekitar Marin serta inisiatif Ekonomi Biru.

Kedua-dua negara bersetuju untuk mengukuhkan platform kerjasama marin, merangkumi aspek penyelidikan, sains, teknologi, pertukaran kepakaran dan pengurusan ekosistem laut yang bakal diperincikan oleh pegawai teknikal kedua-dua pihak.

Di samping itu, berikutan isu jerebu semasa, YB Menteri turut mengesyorkan penerokaan kerjasama dalam pengurusan kebakaran hutan dan operasi pembenihan awan (cloud seeding) dengan memanfaatkan kepakaran serta teknologi canggih yang dimiliki oleh pihak China.

Dalam aspek perundingan antarabangsa, Malaysia mengambil maklum pencalonan China sebagai tuan rumah sekretariat Biodiversity Beyond National Jurisdiction (BBNJ) di Xiamen.

Arthur menegaskan pendirian Malaysia kekal terbuka mengenai penawaran China sebagai tuan rumah Sekretariat BBNJ di Xiamen, sambil memberi jaminan akan memberikan sokongan yang sewajarnya tertakluk kepada panduan Kementerian Luar Negeri (KLN) serta pertimbangan kepentingan negara pesisir di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×