DUN Melaka dibubar esok beri laluan pilihan raya negeri

DUN Melaka dibubar esok beri laluan pilihan raya negeri

AB. Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam satu sidang media khas di Seri Negeri.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuatkuasa esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau mengumumkan pembubaran DUN selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pengumuman itu sekali gus membuka laluan kepada proses pilihan raya negeri untuk menentukan kerajaan Melaka yang baharu.

Ab Rauf berkata, pembubaran DUN berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang dan seterusnya memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan proses berkaitan PRN Melaka.

Menurutnya, dengan pembubaran itu, SPR dijangka menetapkan tarikh writ pilihan raya, penamaan calon dan hari pengundian bagi PRN berkenaan.

Perkembangan tersebut turut menandakan berakhirnya penggal pentadbiran DUN Melaka sedia ada sebelum mandat baharu diberikan kepada rakyat melalui proses pilihan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×