Hormati keputusan CEC - Hannah Yeoh

Hormati keputusan CEC – Hannah Yeoh

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan adalah keputusan muktamad badan pembuat keputusan tertinggi parti berkenaan dan ia perlu dihormati.

Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Hannah Yeoh berkata, mesyuarat CEC DAP pada Sabtu lalu turut mendengar pelbagai cadangan dan juga pandangan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lain dalam perbincangan tersebut.

“CEC telah bermesyuarat lama dan pelbagai cadangan diberikan dan pendapat kita dengar.

“Dan keputusan akhir iaitu keputusan muktamad CEC sebagai badan tertinggi pembuat keputusan telah membuat keputusan bahawa Anthony Loke menawarkan diri untuk meletak jawatan.

“Dan itu adalah keputusan CEC. Perbincangan lain saya tak nak dedahkan kerana itu adalah dalam perbincangan CEC, tetapi kita kena hormati keputusan yang CEC telah buat,” katanya menerusi sidang akhbar selepas pengumuman Bazar Deepavali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Hannah berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau turut merasai tekanan dan akan mengambil langkah sama susulan pengumuman peletakan oleh Loke sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata, menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Pada Jumaat, media melaporkan, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib, 73, mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk syarat ditetapkan termasuk membayar denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat ke-64 Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada Lembaga Pengampunan akan mendedahkan minit mesyuarat tempoh hari, Hannah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×