Lelaki didakwa bunuh warga Israel ditangkap tentera rejim Zionis - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa bunuh warga Israel ditangkap tentera rejim Zionis

ANGGOTA tentera dan polis Israel menutup sebuah pusat pemeriksaan Atara, utara Ramallah, Tebing Barat hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel pada Ahad berkata bahawa pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang warga Israel, yang dilaporkan peneroka haram Yahudi, di Tebing Barat yang diduduki.

“Anggota IDF (Pasukan Pertahanan Israel) menahan (lelaki) yang melakukan serangan tembakan itu,” kata tentera dalam satu kenyataan dan menambah bahawa suspek ditemukan di sebuah hospital.

Tentera berkata, seorang anggotanya sebelum itu menembak dan mencederakan suspek di lokasi kejadian berhampiran Ramallah di Tebing Barat tengah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini berikrar untuk memburu lelaki yang disyaki melakukan serangan pembunuhan itu.

Sebuah hospital tempatan mengesahkan kematian warga Israel berkenaan.

Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967. 

Lebih 500,000 warga Israel tinggal di penempatan di wilayah Palestin itu, yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa, bersama kira-kira tiga juta rakyat Palestin.

Menurut pengiraan AFP berdasarkan data kementerian kesihatan Palestin, tentera atau peneroka haram Yahudi telah membunuh lebih 1,100 rakyat Palestin di wilayah itu sejak perang Gaza bermula.

Angka Israel menunjukkan sekurang-kurangnya 49 warga Israel, termasuk orang awam dan anggota keselamatan, terbunuh dalam serangan Palestin atau ketika operasi ketenteraan Israel dalam tempoh sama. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×