RIYADH: Kemajuan dramatik dicapai Houthi sejak dua minggu lalu, termasuk merampas sebuah pulau strategik penting di Laut Merah memberi tekanan hebat kepada rantau Asia Barat yang masih berdepan kesan perang Amerika Syarikat (AS)-Iran, malah semakin rumit apabila Washington memilih untuk berdiam diri.
AS mahupun sekutu utama Arab Saudi tidak mempunyai rancangan jelas untuk menyekat kemaraan kumpulan itu, menyebabkan ramai pihak di rantau berkenaan mempersoalkan dari mana serangan balas akan dilancarkan.
Pegawai AS mengaku kumpulan Yemen itu sedang Matlamatnya adalah untuk menguasai Selat Bab al-Mandeb. perairan antarabangsa yang penting di Yemen. Namun, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump memberi isyarat ia tidak berminat menggunakan tentera AS untuk menghalang mereka, sebaliknya bergantung kepada Arab Saudi untuk berbuat demikian.
Trump menjelaskan garis merahnya ketika ini ialah penglibatan langsung AS dalam serangan ketenteraan terhadap Houthi. Setakat ini, sokongan ketenteraan AS terhad kepada penyediaan maklumat risikan dan data penentuan sasaran untuk serangan Arab Saudi.
Beberapa sumber Teluk dan AS berkata, kenyataan Trump memberi isyarat kepada Iran beliau tidak bersedia menyokong sekutu AS di rantau berkenaan.
Bekas diplomat AS yang pernah bertugas di Asia Barat, Barbara Leaf menyifatkan kenyataan Trump mengenai Houthi amat ‘mengejutkan’.
“Ini cara yang agak keras untuk melayan hubungan dengan rakan kongsi rapat, apabila kelihatan seperti mengutamakan perjanjian dengan kumpulan yang anda sendiri isytiharkan sebagai organisasi pengganas asing itu ketika mereka menyerang rakan kongsi tersebut,” katanya kepada CNN.
Pentadbiran AS mengisytiharkan Houthi sebagai Organisasi Pengganas Asing pada Mac 2025.
Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bercakap dua kali dengan Trump minggu lalu bagi meminta serangan AS terhadap Houthi.
Permintaan itu setakat ini ditolak dan sumber berkata, sukar untuk menentukan sama ada dasar pentadbiran AS akan berubah.
Walaupun menerima tambahan sokongan risikan dan bantuan penentuan sasaran dari Washington, Arab Saudi masih gagal menyekat Houthi daripada menawan beberapa bandar pesisir penting di Yemen, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pegawai negara Teluk dan AS.
Pegawai serantau memberitahu Associated Press tentera Arab Saudi juga semakin kekurangan peluru berpandu pemintas, menyebabkan Riyadh meminta sokongan pertahanan udara daripada Perancis, Britain, Pakistan dan Mesir.
Rabu lalu, Arab Saudi menuduh Houthi menyasarkan Mekah, kota paling suci dalam Islam dan mendakwa menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 milik Riyadh.
Bagaimanapun, AS pada Sabtu memberi amaran bahawa permusuhan antara Arab Saudi dan Houthi yang disokong Iran boleh meningkat dengan pantas selepas serangan peluru berpandu menyasarkan Riyadh buat kali pertama sejak konflik Yemen kembali tercetus.
Perang di Yemen tercetus pada 2014 apabila Houthi merampas kawalan ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah lain, mencetuskan campur tangan ketenteraan pimpinan Arab Saudi pada Mac 2015.
Gencatan senjata rapuh yang dicapai pada 2022 antara pihak yang bertelagah runtuh pada Julai apabila Houthi mencabar kawalan Riyadh terhadap ruang udara Yemen dengan membenarkan sebuah pesawat Iran mendarat di Yemen. habis
Di tengah-tengah kekecewaan terhadap kemaraan Houthi itu, sumber Teluk percaya serangan berkenaan mewakili barisan baharu dalam perang dengan Iran yang boleh memanjangkan konflik.
Walaupun terdapat usaha untuk menangani isu berkenaan secara berasingan, pakar percaya tiada kemajuan boleh dicapai berhubung Iran termasuk rundingan berkaitan Selat Hormuz tanpa menangani isu Houthi.











