Putrajaya antara kawasan catat IPU tidak sihat

Putrajaya antara kawasan catat IPU tidak sihat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Putrajaya antara beberapa kawasan bandar yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan bacaan 154.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan sama turut direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, beberapa kawasan di Johor dan Sarawak mencatatkan bacaan lebih tinggi, dengan Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi negara iaitu 182.

Ia diikuti Samarahan dengan bacaan 168 dan Sri Aman (164), manakala Larkin, Johor mencatatkan 162 dan Pasir Gudang (155).

Di Selangor pula, Shah Alam merekodkan bacaan 153 manakala Johan Setia 127.

Cheras menjadi satu-satunya kawasan di Kuala Lumpur yang merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu 133.

Secara keseluruhan, sebanyak 21 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat waktu berkenaan.

Dalam pada itu, sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan sederhana termasuk Batu Muda, Kuala Lumpur dan Miri, Sarawak yang masing-masing mencatatkan 99, manakala Politeknik Kota Kinabalu merekodkan 98.

Lima kawasan pula mencatatkan bacaan pada tahap baik, antaranya Tanah Merah, Kelantan (47), Sungai Petani, Kedah (41) dan Alor Setar, Kedah (35).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×