Cari suami yang mampu membimbing kita - Nora Danish - Utusan Malaysia

Cari suami yang mampu membimbing kita – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Adakah dia berubah kerana Allah.”

Demikian nasihat pelakon, Nora Danish, yang menyarankan wanita agar mencari pasangan yang mampu membimbing mereka ke jalan yang diredai Allah S.W.T.

Kata Nora, perkara itu penting untuk mendapatkan hubungan perkahwinan yang berkekalan.

“Di penghunjungnya, selain husnuzon, carilah suami yang mampu membimbing kita, yang memahami agama dan berusaha mengamalkannya,” kongsinya dalam Thread.

Kata Nora, dalam masa sama, wanita harus mencari pasangan yang ingin berubah ke arah kebaikan kerana Allah S.W.T.

“Belajar dan berubah bersama itu indah. Cuma, kita perlu jujur melihat, adakah dia berubah kerana Allah, atau sekadar untuk memiliki kita?

Sebab kalau perubahan itu hanya bertahan selagi dia sedang mengejar, akhirnya kita yang penat berharap,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×