Umur sudah tua, cukuplah menganiaya orang - Dayana Roza - Utusan Malaysia

Umur sudah tua, cukuplah menganiaya orang – Dayana Roza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Dayana Roza, bengang apabila individu bernama ‘AA’ didakwa gagal menjelaskan rekod tunggakkan walau pihaknya telah berusaha mendapatkan penjelasan.

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berkata, dia sudah lama memilih untuk berdiam diri dan memberikan ruang untuk perkara itu diselesaikan tetapi usahanya itu seakan tidak dipedulikan.

“AA, hutang-hutang dengan CTOS saya bila mahu diselesaikan? Awak kan terpaling kaya. Saya diam, tetapi awak buat tidak tahu. Saya minta awak selesaikan perkara ini, tetapi saya pula dikatakan mencari publisiti murahan apabila berkongsi di media sosial.

“Saya mengamuk awak kata saya gila. Jadi, sekarang ini saya mahu buat apa? Redha? Awak yang buat masalah dari awal, tetapi awak pula yang menjadi mangsa,” katanya.

Dayana turut memberi bayangan bahawa dia masih menyimpan banyak perkara berkaitan isu berkenaan dan tidak mahu pihak terbabit menganggap dia akan terus berdiam diri.

“Jangan tunggu sampai saya tumpahkan teh yang sudah melimpah ini baru awak mahu berfikir. Umur sudah tua, jadi cukuplah menganiaya orang.

“Awak tidak takut dengan doa orang yang awak aniaya, termasuk semua kakitangan awak?’ Katanya.

Menjenguk di ruangan komen, seorang pengguna thread memberi sangkaan individu yang dilabelnya sebagai AA itu merupakan bekas suaminya sendiri.

“Bekas suami dia, AA. Sudah boleh bersurai semua,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Dayana mendedahkan bahawa namanya tidak pernah disenaraikan dalam rekod pemilikan syarikat walaupun sepanjang perkahwinan dia diminta menandatangani beberapa dokumen.

Difahamkan, perniagaan yang dimaksudkan diuruskan bekas suaminya, usahawan A’dale Adham Ayahudin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×