Australia akan tahan pelancong tinggal lebih masa - Utusan Malaysia

Australia akan tahan pelancong tinggal lebih masa

SEBUAH bot membawa pelancong di Sydney Harbour. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia akan menahan pelancong yang tinggal melebihi tempoh visa mereka untuk dihantar pulang sebagai langkah memberi mesej pencegahan, di bawah peraturan baharu yang bertujuan mengurangkan kadar migrasi, kata seorang menteri pada Jumaat.

Parti Buruh yang me­merintah Austra­lia menafikan bahawa pi­haknya mengetatkan pe­raturan visa sebagai tindak balas terhadap peningkatan sokongan kepada parti berhaluan kanan One Nation. Ia merupakan antara parti paling popular di negara itu tahun ini dengan janji untuk mengurangkan migrasi secara drastik.

Berdasarkan  pembaharuan yang diumumkan pada Khamis, Australia akan menghentikan kemudahan ahli keluarga mengiringi pelajar, memperkenalkan sistem undian bagi peserta program cuti sambil bekerja dan mengambil tindakan le­bih tegas terhadap pemegang visa tinggal mele­bihi tempoh ditetapkan.

Timbalan Menteri Luar, Matt Thistlethwaite berkata  bahawa pelancong akan ditempatkan di pusat tahanan imigresen bagi mengurangkan jumlah peme­gang visa tinggal melebihi tempoh, yang kini me­ningkat kepada 77,000 orang.

Beliau menambah, mereka yang tidak mempunyai hak untuk terus berada di Australia akan berdepan tindakan dan dihantar pulang.

Sejak 2015, pusat tahanan imigresen Australia dipenuhi individu mempunyai rekod jenayah dan menunggu untuk dihantar pulang selepas perubahan dasar yang menyaksikan visa penduduk tetap dibatalkan secara mandatori bagi kesalahan jenayah tertentu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×