UMNO kutip dana bantu Najib bayar denda RM50 juta

UMNO kutip dana bantu Najib bayar denda RM50 juta

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan melaksanakan kutipan dana bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau menyeru seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong UMNO serta mereka yang ingin memberikan sokongan supaya menyumbang secara sukarela.

“UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku dan menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

“UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

“Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersama seluruh kepemimpinan dan ahli UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan baginda memberi pengampunan bersyarat kepada Najib. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×