Replika rumah asal peneroka warnai sambutan Hari Kebangsaan

Replika rumah asal peneroka warnai sambutan Hari Kebangsaan

ROSLI Hashim berdiri di hadapan replika rumah peneroka dan hiasan taman di Felda Sungai Tekam, Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Replika rumah peneroka antara rekaan krea­tif sinonim dengan peneroka di Felda Sungai Tekam di sini bagi menghiasi kawasan perumahan dan taman rekreasi sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Pengerusi Keceriaan Peringkat Satu Felda Sungai Tekam, Rosli Hashim berkata, binaan replika di persimpangan masuk setiap blok Felda di situ mencerminkan sejarah kema­sukan peneroka.

“Setiap tahun kami membina replika rumah tradisional peneroka sebagai satu simbol cara hidup kami di tanah rancangan untuk disaksikan oleh generasi hari ini serta pengunjung luar sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Setiap pengurusan peringkat blok perumahan Felda di sini sanggup berbelanja hampir RM1,000 untuk menyediakan peralatan kayu, zink, cat, bahan pengilap kayu dan hiasan bunga serta barang terpakai di sekeliling replika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Rosli, pembinaan replika itu mengambil masa dua minggu yang dilakukan pada sebelah petang dan hujung ming­gu secara bergotong-royong termasuk menggunakan bahan terbuang seperti tayar.

Katanya, lebih penting, binaan replika rumah asal pene­roka itu melambangkan kejayaan pembangunan sehingga mengubah taraf hidup rakyat.

“Bagi peneroka di sini, replika rumah asal cukup siginifikan kerana mengimbas kembali nostalgia mereka mula mendiami Felda ini sejak 60 tahun lalu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×