KLUANG: Seorang anggota polis cedera selepas motosikal ditunggangnya terjatuh ketika sedang mengejar sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel di Jalan Dorset, di sini, awal pagi hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 5.45 pagi.
“Pemeriksaan awal mendapati kejadian kecurian kabel itu berlaku pada pukul 1.57 pagi apabila suspek kenderaan jenis Mitsubishi dan mengikat kabel di bahagian belakangnya.
“Suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Nik Mohd. Azmi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis di talian 07-7784222, 07-7766822, 07-7784256 atau 014-365682.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sebuah kenderaan sedang dipandu laju dengan kabel diikat pada bahagian belakang kenderaan berkenaan.UTUSAN










