Tanah runtuh rosakkan bangunan sekolah di Nan

Tanah runtuh rosakkan bangunan sekolah di Nan

TANAH runtuh berlaku berhampiran Sekolah Ban Doi Tiew di daerah Tha Wang Pha, Thailand.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tanah runtuh yang semakin meluas di wilayah Nan memaksa sebuah sekolah di kawasan pergunungan ditutup selepas rekahan besar dikesan pada bahagian bangunan tadika, kantin, kedai dan kolam renang.

Gabenor Nan, Chainarong Wongyai mengarahkan kawasan yang rosak di Sekolah Ban Doi Tiew di daerah Tha Wang Pha itu ditutup.

Sekolah itu mempunyai 289 murid dari peringkat tadika hingga tingkatan 3.

Tanah runtuh itu berlaku di tepi kawasan sekolah itu dan semakin meluas daripada hanya dua meter kepada kira-kira 100 meter.

Hakisan menyebabkan rekahan pada bangunan tadika dua tingkat, kantin berkapasiti 80 orang, sebuah kedai dan kolam renang sekolah. Kawasan terjejas turut dipagar.

Jurutera memeriksa sekolah yang terletak di kawasan pergunungan mudah terhakis itu dan bersetuju  bangunan yang rosak sudah tidak selamat untuk digunakan.

Pihak berkuasa sedang menyediakan premis alternatif sementara untuk pelajar yang dipindahkan. 

Menurut Pejabat Jabatan Perhubungan Awam Nan, pemindahan sekolah merupakan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×