Tiada masalah nak bersuara, tapi jangan sampai tuduh tanpa bukti - Mat Sabu

Tiada masalah nak bersuara, tapi jangan sampai tuduh tanpa bukti – Mat Sabu

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Sabu menghantar notis tuntutan kepada seorang pemilik akaun Facebook berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan isu bekalan baja di Kedah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, notis sama turut dihantar kepada pemilik beberapa akaun lain yang dikenal pasti membuat tuduhan tanpa bukti serta sangkaan buruk terhadapnya.

Mohamad berkata, media sosial sememangnya memberikan ruang kepada orang ramai untuk bersuara, namun setiap kenyataan yang dibuat perlu disertai tanggungjawab.

Katanya, tiada masalah bagi mana-mana pihak untuk menyuarakan pandangan, tetapi itu tidak bermaksud mana-mana pihak boleh membuat tuduhan tanpa bukti.

“Saya sudah meminta peguam menghantar notis tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta pemilik akaun-akaun lain yang dikenal pasti membuat perkara sama.

“Nak bersuara, tidak ada masalah. Tetapi kalau sudah sampai menuduh tanpa bukti, membuat sangkaan jahat, itu sudah cerita lain,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Mohamad turut memuat naik tangkap layar hantaran itu yang mempersoalkan siasatan berhubung isu bekalan baja di Kedah.

Pengguna berkenaan turut mengaitkan Mohamad dan Kementerian Kewangan dengan isu tersebut.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×