lelaki 60 tahun maut ketika daki bersama pelajar - Utusan Malaysia

lelaki 60 tahun maut ketika daki bersama pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang mengetuai aktiviti pendakian meninggal dunia di Hutan Simpan Ulu Tamu, Batang Kali, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima

Sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa warga tempatan berusia 60 tahun pengsan ketika mengetuai pelajar Tingkatan Enam yang melakukan aktiviti pendakian.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, anggota bomba kemudian melakukan kerja membawa turun mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×