Bateri vape meletup dalam lori sampah - Utusan Malaysia

Bateri vape meletup dalam lori sampah

SAMPAH ‘dibuang’ dari lori selepas vape yang berada didalamnya meletup. - Instagram/@tuckintidy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Tindakan pantas seorang pemandu lori sampah memanfaatkan kawasan tempat letak kereta yang kosong berjaya mengelakkan bencana besar selepas sebuah peranti vape meletup di bahagian belakang kenderaannya.

Anggota bomba bergegas ke sebuah kawasan letak kereta di Oxenford, pinggir bandar utara Gold Coast pada petang Jumaat selepas sebuah lori kitar semula terpaksa membuang muatannya yang sedang terbakar.

Seorang pengguna jalan raya sempat merakam tindakan pemandu berkenaan yang memandu laju keluar dari jalan utama menuju ke tempat letak kereta tersebut sebelum mengosongkan muatan sampah ke atas jalan bertar.

Rakaman berkenaan dengan pantas mendapat pujian daripada ribuan rakyat Australia yang menyifatkan pemandu tersebut layak menerima kenaikan gaji.

“Pemandu ini sangat bijak. Beliau mencari kawasan lapang yang mudah diakses supaya proses pembersihan dapat dilakukan dengan relatif mudah dan pantas,” tulis seorang pengguna.

“Inilah pemandu terbaik tahun ini!” kata seorang lagi pengguna.

“Pekerja pembersihan ini mempunyai misi dan berjaya melaksanakannya dengan cemerlang. Syabas,” tulis seorang lagi.

Jabatan Bomba Queensland kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

Namun, laporan awal menunjukkan ia berpunca daripada peranti vape yang dibuang ke dalam tong kitar semula.

Vape mengandungi bateri litium yang boleh meletup apabila dihimpit atau dimampatkan di dalam lori sampah.

Ahli Majlis Gold Coast, Naomi Fowler, berkongsi video berkenaan pada Sabtu bersama-sama mesej yang menggesa penduduk agar lebih berhati-hati semasa mengasingkan bahan buangan mereka.

“Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dan tiada jadual pengutipan sisa kitar semula yang terjejas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×