Terima kasih isteri, saya sayang awak sampai syurga - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Terima kasih isteri, saya sayang awak sampai syurga – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Terima kasih isteri dan syurgaku sebab bersusah-payah bagi kejutan sambutan hari jadi bersama keluarga hari ini. Saya sayang awak sampai syurga. Amin Allahuma Amin”

Demikian kata pelakon, Fattah Amin, 36, yang meluahkan rasa terharu menyambut hari kelahirannya bersama isteri, Amira Othman dan dua orang anaknya, Nur Fatima Aisya dan Muhammad Jarir Umar, semalam.

“Alhamdulillah, bertambah satu lagi usia hari ini. Semakin dewasa, semakin saya belajar bahawa nikmat terbesar bukanlah apa yang kita miliki, tetapi siapa yang Allah hadirkan di sisi, kesihatan yang masih diberi dan peluang untuk terus memperbaiki diri,” katanya.

Pada hantaran di Threads isterinya pula, Amira mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa baik-baik buat Fattah sempena ulang tahun diraikan itu.

“MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas doa yang baik-baik dari kalian. Doakan kami. Selamat hari lahir suami saya,” katanya.

Di sebalik perkongsian foto keluarga, Fattah dan Amira masih lagi memilih tidak menunjukkan wajah bayi lelaki mereka kepada umum yang masih dirahsiakan.

Pada tarikh 14 September juga adalah ulang tahun pertama perkahwinan Fattah dan Amira yang selamat bernikah di sebuah resort di Sepang, tahun lalu.

Terdahulu, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon, Nur Fazura pada 2017, namun bercerai pada 7 Oktober 2024 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×