IJM Land lancar Merione Residences susulan kejayaan Merione Grand

IJM Land lancar Merione Residences susulan kejayaan Merione Grand

TONY Ling (dua dari kanan) bersama Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, H'Ng Mooi Lye (tengah) pada majlis pelancaran IJM Land Penang Gallery & Merione Residences di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : IJM Land Berhad hari ini melancarkan satu komponen kediaman dalam pembangunan guna campur terbaharu yang dikenali sebagai Marione Residences susulan kejayaan Merione Grand yang mencatatkan tempahan sehingga 100 peratus bagi unit komersial sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Ling berkata, sambutan menggalakkan yang diterima terhadap Merione Grand membuktikan keyakinan pasaran terhadap konsep ‘tinggal-bekerja-bermain’ yang diketengahkan menerusi pembangunan tersebut.

Katanya, kejayaan itu juga secara tidak langsung memberi momentum kepada pelancaran Merione Residences yang menawarkan kediaman berketumpatan rendah dengan penekanan terhadap privasi, ketenangan serta kemudahan dalam sebuah perbandaran bersepadu di pesisir laut.

“Merione Residences meneruskan momentum ini dengan menawarkan kediaman yang mengutamakan privasi dan ketenangan, di samping memastikan setiap penghuni menikmati akses mudah kepada komuniti, lokasi dan pelbagai peluang yang membentuk kehidupan seharian,” katanya pada majlis pelancaran IJM Land Penang Gallery & Merione Residences, hari ini.

Mengulas lanjut, Ling berkata, Merione Residences merupakan projek pembangunan setinggi 39 tingkat yang merangkumi komponen residensi, pejabat, komersial dan rekreasi dengan 145 unit kediaman separa berperabot dibina di aras 11 hingga 39.

Katanya, setiap tingkat pula hanya menempatkan lima unit kediaman, manakala tiga pilihan susun atur disediakan dengan keluasan kira-kira 1,055 kaki persegi; 1,195 kaki persegi dan 1,206 kaki persegi, selain dua hingga tiga tempat letak kenderaan bagi setiap unit.

“Kemudahan berkonsepkan resort turut disediakan di aras 10 termasuk kolam renang infiniti, jakuzi, gimnasium, gelanggang ‘pickleball’ serta BBQ Pavilion bagi melengkapkan keperluan riadah dan gaya hidup penghuni.

“Selain itu, privasi juga diberi keutamaan menerusi pintu masuk persendirian serta kawasan penurunan penumpang yang berasingan daripada komponen komersial selain jaringan laluan pejalan kaki berbumbung ke kemudahan berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, laluan itu menghubungkan penghuni ke Merione Grand, The Waterfront Shoppes, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) serta hotel di bawah jenama Hyatt yang bakal dibangunkan, sekali gus memudahkan pergerakan dalam perbandaran berkenaan.

“Dari segi akses pula, Merione Residences terletak bersebelahan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan mempunyai hubungan ke Jambatan Pulau Pinang, bandar raya George Town, Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Akses jalan raya ke kawasan berkenaan dijangka turut dipertingkatkan menerusi projek Jalan Pintasan Lebuhraya Ayer Itam-Tun Dr. Lim Chong Eu bernilai RM850 juta, iaitu laluan enam lorong tanpa tol yang dijangka siap pada April 2027,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×