5 unit binaan haram di Jinjang musnah dalam kebakaran

5 unit binaan haram di Jinjang musnah dalam kebakaran

LIMA unit binaan haram termasuk sebuah bengkel yang musnah dalam kebakaran di kawasan Jinjang petang tadi. - IHSAN BOMBA KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kawasan penempatan haram menempatkan bengkel, stor dan rumah di kawasan berhampiran tempat letak kereta stesen Transit Aliran Deras (MRT) Jinjang, Pintasan Segambut, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi, Letchumanan Mariappen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian sistem NG999 sebelum mengerahkan jentera pertama ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada pukul 1.32 petang, kebakaran didapati melibatkan sebuah bengkel, dua buah stor dan dua buah rumah.

“Terdapat sebuah kereta sedan jenis Proton Wira yang terbakar 100 peratus di dalam bengkel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau, keseluruhan anggaran keluasan kawasan yang terbakar adalah seluas 60 kali 80 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan mencecah 100 peratus.

Dalam pada itu, operasi pemadaman tersebut melibatkan kekuatan seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, dibantu oleh BBP Menjalara, BBP Gombak Selatan, BBP Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak.

Tambah M. Letchumanan, keseluruhan struktur yang terbakar itu merupakan penempatan haram.

“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut oleh unit siasatan bomba. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×