Nikah secara video call
SOALAN
Ada dakwaan kita boleh menjalankan akad nikah secara video call selagi cukup saksi akad nikah itu sah. Penjelasan ustaz?
Pian Ahmad
Taiping
Jawapan
Akad nikah secara video call adalah tidak sah kerana pernikahan mempunyai kedudukan yang besar dalam Islam melainkan dalam keadaan darurah.
Adat perlu ikut syariah
SOALAN
Bagaimana kita hendak membezakan amalan-amalan adat tidak bercanggah dengan syariah? Sebab saya perhatikan orang Melayu sangat memelihara adat.
Shamsul Amr
Kajang
Jawapan
Adat sebahagian daripada amalan kehidupan. Syariah datang kepada kita sama ada menperakui adat atau mengubah adat yang salah.
Maka pertimbangannya adalah kepada asas syariah. Mana-mana adat yang bercanggah dengan akidah dan syariah maka ia perlu diubah kepada budaya yang baik yang tidak bertentangan dengan agama Islam.
Solat sunat ketika bilal iqamah
SOALAN
Apakah hukumnya jika kita sedang mengerjakan sunat qabliyah tetapi bilal iqamah? Adakah kita perlu segera berhenti solat? Ada yang kata boleh meneruskan solat qabliyah jika bilal sedang iqamah.
Mursyid Hashim
Seberang Jaya
Jawapan
Sekiranya kita melakukan solat sunat qabliyah kita perlu melihat keadaan kita sekiranya sempat dapat takbir dengan imam ikita teruskan solat dengan segera. Sekiranya tidak sempat, kita putuskan solat dan masuk ke dalam jemaah yang merupakan asas dan bertepatan dengan hadis.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










