Semoga anak didik belajar daripada guru cara diplomasi Madani

Semoga anak didik belajar daripada guru cara diplomasi Madani – Anwar

ANWAR Ibrahim tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Anak didik diharap dapat mempelajari bagaimana Diplomasi Madani diterjemahkan dalam misi membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di media sosial selepas tiba di New Delhi, India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

Beliau turut memohon doa agar misi diplomasi negara yang dibawa ke persidangan berkenaan mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Semoga anak didik dapat belajar daripada guru cara Diplomasi Madani diterjemahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hantaran itu dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah ‘guru’ dalam ucapan dasar Presiden UMNO ketika menggesa golongan berkenaan mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat.

Penyertaan Anwar dalam sidang kemuncak berkenaan mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

Malaysia menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 atas kapasitinya sebagai negara rakan kongsi BRICS sejak 1 Januari 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×