“1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati” meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak
KUALA LUMPUR: Mi Sedaap, dengan kerjasama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), meraikan kejayaan “1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati”, sebuah inisiatif kulinari kreatif yang menghimpunkan 100 resipi mi segera unik, sekali gus mengetengahkan versatiliti Mi Sedaap Goreng Asli serta kreativiti rakyat Malaysia.
Bertempat di The Arena, TAR UMT Kuala Lumpur, inisiatif ini memuncak dengan pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records bagi kategori Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak, sekali gus mencatatkan satu pencapaian bermakna buat Mi Sedaap dan kerjasama antara industri dan akademia bersama TAR UMT.
Acara ini menghimpunkan 100 ciptaan kreatif berasaskan Mi Sedaap, daripada cita rasa tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia kepada gabungan moden dan luar jangka. Kesemua ciptaan ini memperlihatkan bagaimana hidangan kegemaran yang biasa dinikmati boleh diolah menerusi imaginasi, eksperimen dan pengaruh kulinari yang pelbagai.
LEBIH DARIPADA KEGEMARAN — CITA RASA YANG MENCETUSKAN KREATIVITI
Selama lebih dua dekad, Mi Sedaap Goreng telah menjadi antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. Di teras keistimewaannya ialah Mi Sedaap Goreng Asli, yang dikenali menerusi mi kenyal yang diperbuat daripada gandum dari Kanada dan Australia, rasa autentik yang tersendiri serta bawang goreng rangup ikonik Kriuk Kriuk®.
Selain lazat dinikmati begitu sahaja, gabungan mi yang kenyal, rasa gurih yang lebih padu serta bawang goreng rangup memberikan Mi Sedaap Goreng Asli ciri rasa tersendiri yang menjadikannya asas serba boleh untuk rakyat Malaysia meneroka pelbagai cita rasa dan mencipta cara mereka sendiri untuk menikmatinya.
Dengan 56% bahagian pasaran dan 80% kadar penembusan jenama, Mi Sedaap terus dinikmati oleh pengguna daripada pelbagai generasi, daripada Generasi Z dan Milenial hinggalah keluarga di seluruh Malaysia.
100 CIPTAAN, SATU VISI KREATIF

Teras “1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati” ialah satu perayaan terhadap kepelbagaian kemungkinan — membuktikan bagaimana satu kegemaran yang dekat dengan rakyat mampu mencetuskan 100 cara berbeza untuk berkarya dan menikmatinya.
Melangkaui cara penyediaan mi segera yang biasa, inisiatif ini mengetengahkan bagaimana satu Mi Sedaap Goreng Asli boleh diolah menjadi 100 ciptaan resipi yang berbeza. Daripada inspirasi cita rasa tempatan kepada gabungan yang tidak dijangka, setiap ciptaan mencerminkan kreativiti rakyat Malaysia serta kebolehan mereka menjadikan sesuatu yang biasa sebagai milik mereka sendiri.
Kesemua 100 ciptaan turut menghimpunkan imaginasi kulinari, penceritaan dan pelbagai perspektif, sekali gus membuktikan bagaimana produk yang dekat dengan kehidupan seharian boleh menjadi platform untuk bereksperimen dan menzahirkan kreativiti.
Pencapaian ini telah menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Variasi Resipi Mi Segera Terbanyak, sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti, usaha dan kerjasama yang menyatukan 100 ciptaan unik ini.
Encik Jwan Heah, Ketua Pegawai Operasi, Malaysia Book of Records, berkata: “Malaysia Book of Records berbangga dapat mengiktiraf pencapaian kreatif ini yang menghimpunkan 100 resipi mi segera unik dalam satu pameran bermakna. Di sebalik rekod ini, inisiatif ini mencerminkan kreativiti, usaha dan kerjasama yang mampu menghasilkan satu pencapaian istimewa untuk Malaysia.”
MEMPERKASAKAN GENERASI MASA DEPAN MELALUI PENGALAMAN SEBENAR
Kerjasama bersama TAR UMT memberikan peluang kepada para pelajar daripada program Bachelor of Communications (Hons) in Advertising untuk melangkaui pembelajaran di dalam bilik darjah dan terlibat dalam sebuah kempen jenama di dunia sebenar.
Sepanjang inisiatif ini, para pelajar memainkan peranan aktif dalam membangunkan dan merealisasikan kempen, sambil mengaplikasikan kreativiti, kemahiran penceritaan, komunikasi serta pembangunan kandungan digital. Mereka turut memperoleh pengalaman praktikal dalam kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.
Puan Dearna Kee June Chen, Dekan, Fakulti Komunikasi dan Kreatif Industri, TAR UMT, berkata: “Apa yang menjadikan kerjasama ini bermakna ialah peluang yang diberikan kepada para pelajar untuk melangkaui pembelajaran di dalam bilik darjah dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam persekitaran industri sebenar. Melalui ‘1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati’, mereka dapat merasai sendiri kepentingan kreativiti, kerja berpasukan, komunikasi dan kerjasama — kemahiran bernilai yang akan membantu mereka dalam perjalanan ke arah industri pengiklanan dan kreatif.”
Kerjasama ini mencerminkan kepentingan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan dalam menyediakan peluang pembelajaran praktikal kepada pelajar, di samping memberi ruang kepada bakat muda untuk menyumbang perspektif serta idea baharu dalam sebuah inisiatif berskala nasional.
MERAIKAN KREATIVITI RAKYAT MALAYSIA MELALUI MAKANAN
Kepelbagaian 100 resipi ini turut mencerminkan kreativiti rakyat Malaysia dalam menggabungkan pelbagai cita rasa dan inspirasi tempatan bersama Mi Sedaap. Daripada rasa yang sudah dikenali kepada gabungan yang lebih imaginatif, ciptaan-ciptaan ini memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia boleh mengambil sesuatu yang dekat dengan mereka dan mengolahnya menjadi sesuatu yang baharu, menarik dan tidak dijangka.

Cef Dato’ Fazley, Cef Selebriti, berkata: “Apa yang paling menarik perhatian saya ialah kepelbagaian 100 resipi ini. Rakyat Malaysia memang sangat kreatif dalam makanan, dan kita dapat melihat pelbagai cita rasa tempatan serta inspirasi digabungkan dengan Mi Sedaap untuk menghasilkan sesuatu yang familiar, tetapi tetap menarik dan berbeza.”
MERAIKAN KREATIVITI DAN KERJASAMA
Pencapaian Malaysia Book of Records ini merupakan hasil usaha bersama Mi Sedaap, TAR UMT, para pensyarah, pelajar, rakan kreatif dan peserta yang menyumbang kepada pelaksanaan “1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati”.
Encik Ng Hock Guan, Pengurus Besar, Gentle Supreme Malaysia, berkata: “Bagi Mi Sedaap, pencapaian ini bukan sekadar menghimpunkan 100 resipi. Ia merupakan satu perayaan terhadap kreativiti dan kepelbagaian cara rakyat Malaysia menikmati Mi Sedaap mengikut citarasa masing-masing. Di teras inisiatif ini ialah Mi Sedaap Goreng Asli, dengan mi yang kenyal, rasa autentik yang tersendiri serta bawang goreng rangup ikonik Kriuk Kriuk®. Kami berbangga melihat bagaimana rakyat Malaysia mengambil sesuatu yang sudah dekat dengan kehidupan mereka dan mengolahnya menjadi begitu banyak cara kreatif untuk dinikmati.

“Kami amat menghargai kerjasama TAR UMT, para pensyarah dan pelajar, serta semua rakan kongsi dan peserta yang telah bersama-sama merealisasikan inisiatif ini dan menjadikan pencapaian ini satu kenyataan.”
Acara ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Encik Ng Hock Guan, Pengurus Besar Gentle Supreme Malaysia; Puan Liew Tien Yee, Ketua Pemasaran Gentle Supreme Malaysia; Encik Jwan Heah, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records; Puan Dearna Kee June Chen, Dekan, Fakulti Komunikasi dan Kreatif Industri, TAR UMT; Cef Dato’ Fazley, Cef Selebriti; dan Chef Aaron, Cef Professional, bersama para pensyarah serta pelajar TAR UMT.
Dengan kejayaan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, “1 Mi Sedaap, 100 Cara Nikmati” menjadi satu perayaan terhadap kreativiti, penyertaan golongan muda dan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan — membuktikan bahawa satu kegemaran yang dekat dengan rakyat, dengan cita rasa dan ciri tersendiri, mampu mencetuskan 100 cara berbeza untuk berkarya, meneroka dan menikmati.










