Manfaat AI analisis data banjir, sampah haram lebih tepat

Manfaat AI analisis data banjir, sampah haram lebih tepat

AI analisis data
MOHAMMAD Fahmi Ngah (tengah) menyempurnakan Majlis Penutup Hekaton dan Forum AI Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan dimanfaatkan bagi menganalisis data masalah-masalah dihadapi di Selangor seperti banjir, tapak sampah haram dan jalan berlubang di seluruh negeri.

Kemudahan tersebut dicadang untuk dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri bagi memasukkan elemen automasi serta digitalisasi dalam operasi harian.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, dengan mengaplikasikan teknologi tersebut akan membantu kerajaan negeri melihat konteks sebenar masalah selain membuat keputusan lebih cepat dan tepat.

“Dalam bulan ini juga kita akan adakan satu perbincangan fokus berkumpulan untuk mengenal pasti 20 proses kerja yang ada di PBT untuk masukkan elemen AI supaya automasi dan digitalisasi dapat disegerakan.

“Satu lagi aplikasi yang penting dalam program Digital Future Selangor adalah penggunaan AI untuk analisis data-data berkaitan dengan banjir, tapak-tapak sampah haram dan juga lokasi-lokasi jalan berlubang di Selangor,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Hekaton dan Forum AI Selangor di sini, malam tadi.

Pada program tersebut, tiga daripada 30 kumpulan terbaik dipilih untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi melatih tenaga kerja dalam struktur kerajaan negeri berkenaan penggunaan teknologi AI.

Mohammad Fahmi memberitahu, menerusi program hekaton, semua kumpulan diberikan tugas menganalisis 10,000 baris data berupa aduan dan permasalahan daripada sebuah PBT bagi mendapatkan konteks dan penyelesaian yang tepat.

“Ada 10,000 baris Excel, dalam masa 3 jam mereka kena faham dan kita bekalkan soalan-soalan. Ada dua orang setiap pasukan kena selesaikanlah. Itu hanyalah kes penggunaanlah untuk cari pemenang.

“Rumusan-rumusan yang lebih khusus kepada PBT-PBT yang 12 itu akan kita perolehi bila kita masuk ke fasa pelaksanaan yang saya rasa dalam sebulan dua ini kita akan terus buat,” tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu menjelaskan, penggunaan AI juga dijangka mengubah konteks atau sudut pandang terhadap sesuatu isu supaya ia dapat dinyatakan dengan lebih tepat.

“Sebab kadang-kadang fakta sebegini yang rakyat hendak tahu kan. Mereka buat aduan mungkin benda sama di tempat yang sama, tetapi tempat lain yang banyak itu tak didendangkan.

“Sebab data itu tidak ditarik keluar dan tidak diterjemahkan dalam bahasa yang mudah,” ujarnya.

Katanya Mohammad Fahmi lagi, sebagai contoh bagi penyelesaian kes Mahkamah Syariah Selangor, 500,000 fail sudah diselesaikan atau 99.9 peratus berbanding jumlah tertangguh.

“Itu yang tak diberitahu, berbanding yang diperkatakan. Tetapi, kita nampak dahulu baru kita sedar konteks sebenar permasalahan tersebut dan itu rakyat kena tahu.

“Alhamdulillah dengan adanya teknologi AI apabila hendak menganalisis mungkin terdapat kekangan kemahiran dan sebagainya. Tetapi, kalau kita wujudkan ejen-ejen AI yang dapat menganalisis data secara automatik dan menjawab soalan, hanya melalui prompt setiap hari,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×