Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut

Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut

EMPAT petugas terbabit terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua jururawat, selain seorang juruterbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang juruterbang dan empat penumpang helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat itu terhempas di Long Lellang STOLport petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia dalam nahas kira-kira pukul 3.40 petang itu.

“Malangnya, kesemua lima orang di dalam pesawat telah meninggal dunia seperti yang disahkan menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memberikan nama-nama mereka yang terkorban buat masa ini,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan helikopter FDS KKM berkenaan membawa empat petugas kesihatan kementerian yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Beliau berkata, empat petugas terbabit terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua jururawat, selain seorang juruterbang.

Katanya, maklumat awal menunjukkan penerbangan berkenaan berlepas dari Miri sebelum menuju ke Long Lellang.

Helikopter BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan FDS dengan lima individu termasuk juruterbang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×