Misi kesan mangsa terhempas 

Misi kesan mangsa terhempas 

SEBUAH helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak merupakan milik sebuah syarikat yang disewa untuk memberikan perkhidmatan doktor udara di tiga lokasi di Marudi Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, maklumat awal yang diterima mendapati terdapat lima individu berada di dalam helikopter berkenaan.

Katanya, status kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan dan butiran mengenai penumpang yang terlibat akan disahkan kemudian.

“Kejadian berlaku di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak kira-kira pukul 3.32 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat masih sedang diusahakan berikutan kawasan kejadian yang agak terpencil dan mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan darat dari Marudi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perkhidmatan udara menggunakan helikopter tidak dapat dilakukan berikutan keadaan cuaca berjerebu dan tidak mendapat kebenaran terbang daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Pengkalan Udara PDRM Kuching.

“Operasi mencari dan menyelamat ketika ini bergantung kepada bantuan penduduk kampung, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta polis bantuan di Lapangan Terbang Long Lellang.

“Pasukan mencari dan menyelamat akan digerakkan seberapa segera ke lokasi kejadian,” jelasnya.

Beliau mengingatkan, orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bersama Bahagian Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×