MPE bakal jalin kerjasama ekonomi dengan Hong Kong

MPE bakal jalin kerjasama ekonomi dengan Hong Kong

WILLIAM Khoo (tiga dari kiri) ketika sesi kunjungan hormat ke Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, hari ini.-GAMBAR/MPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) dijangka memeterai kerjasama ekonomi baharu bersama Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong tidak lama lagi.

Presidennya, William Khoo berkata, ia susulan kunjungan hormat delegasi MPE yang diketuai oleh beliau bersama Penasihat Kehormat, Datuk Dr. Lim Beng Suat serta Naib Presiden Kebangsaan, Lim Lip Sing ke Hong Kong, hari ini.

Menurut beliau, dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan secara umum berkaitan perkembangan ekonomi Malaysia, khususnya di Pulau Pinang selain membincangkan mengenai persekitaran perniagaan berkaitan.

Katanya, sempena pertemuan itu juga, MPE turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sidang kemuncak membabitkan usahawan muda atau ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit serta Foodtech & Trade Expo 2027 yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Mei tahun depan.

“Mereka (Pihak Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong) telah menyatakan minat terhadap acara berkenaan dan memaklumkan bahawa perkara tersebut akan dibincangkan secara dalaman bersama ibu pejabatnya bagi mempertimbangkan bentuk sokongan yang mungkin dapat diberikan.

“Ketika ini, sebarang bentuk sokongan bagaimanapun masih tertakluk kepada perbincangan dalaman dan komunikasi susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, MPE pada dasarnya amat menghargai sambutan mesra yang diberikan sepanjang kunjungan berkenaan dan berharap ia menjadi satu permulaan yang baik untuk kedua-dua pihak terus berhubung selepas ini.

ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit yang dijadual berlangsung antara 21 hingga 23 Mei tahun depan dijangka menghimpunkan sehingga 500 delegasi dari seluruh negara ASEAN serta rakan kerjasama dari China, Hong Kong dan Taiwan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×